Tahniah Diana Amir, Perihal Si Kacang Lupa Kulit.
Kredit: MiG Online |
Eh? Kawen?
Yeap, beberapa minggu kebelakangan nie ramai pulak rasanya kita tengok kawan-kawan atau sahabat handai naik ke jinjang pelamin (ataupun sememangnya banyak, tak berapa nak pasti... hehe). Daripada disambut besar-besaran, senyap-senyapan, sederhana-hanaan, semuanya ada. Bagi saya yang kat MiG nie, seperti sedia maklum 2 orang adik-beradik kami dahpun sampai seru. Very happy for them.
Team MiG yang terlibat dalam Akad Nikah Diana Amir :) |
Kami staf MiG sememangnya involve dari awal kisah sampai la dorang selamat diijabkabul kat Masjid Besi, Putrajaya Jumaat lepas. Penat tu memang toksah cakap la, sampai sekarang bertin-tin dan bergelas-gelas Nescafe saya dah telan, sampai kembung dah perut sebab letih tu tak hilang lagi (Tambah ada event pulak setiap hari sampai la hari selasa nie.)
Nie antara team MiG yang terlibat dalam preparation Farid Kamil :D |
Busu ku di tengah. Hehe. |
Sampai ke wedding Diana Amir nie, dah rasa ringan sikit la, berbanding sebelum nie, mungkin selok belok tu dah tau, jadinya kerja makin mudah Alhamdulillah. Masa tengok Diana Amir yang baru sampai untuk ke kawasan akad tu, dah nampak dah wajah Diana yang berseri bercampur dengan reaksi yang bercampur-campur. Boleh nampak Diana happy dalam sedih, terharu dalam risau. Faham la, gadis macam Diana nie, sememangnya sangat percaya ujian, dugaan dan nikmat yang Allah bagi tak terduga. Chewahh, macam terer je. Hehe.
Dalam kemeriahan tu, ada sikit jugak rasa sedih, bukan apa, ramai yang tau kontroversi yang melanda bos saya, Mejar (K) David Teo tu, yang mana orang label dia melanggar hak asasi manusia la, kontrak tak masuk akal la apa la, rasa sakit hati tu mesti ada sebab saya adalah antara mereka yang sentiasa ada di samping bos, boleh ulang apa yang dicakap pada 'anak-anak angkat' dia yang mana kebanyakannya bercanggah dengan apa yang masyarakat ataupun mereka yang dengki dengan dia fikir. Padahal sepatutnya orang luar tak masuk campur hal syarikat, kecuali kalau dia pegang saham majoriti, nak bersuara silakan la. Ni tidak, masuk rumah orang, tak kasi salam, tak tanya latar belakang terus attack. Orang Israel ke apa ni?
Diana Amir pun dah letih nak amek gambar dah nie, tak larat nak bukak mata. Haha |
Ibarat kata bos, "Burung Kasawari sembunyi kepala dalam tanah, buntut jelas kelihatan"
Maksudnya, mereka ingat orang lain yang mendengar bodoh, sedangkan semakin banyak mereka cakap, semakin banyak kepincangan yang terjadi.
Sebagai mereka yang involve banyak dalam acara-acara dan peristiwa di MiG, saya rasa sedih sangat sebab kenyataan mereka sebenarnya bukan attack bos, tapi mereka-mereka yang mengorbankan masa dan tenaga untuk orang lain.
Statement macam "Dulu taknak buat, sekarang baru nak menunjuk,"
Nie la antara statement yang meruntuhkan hati kami yang susah payah handle PC, resepsi dan sebagainya untuk artis-artis yang disebut kat atas. Jadi kat sini tak timbul isu 'kipas bos' atau 'minum teh cina', tapi sebab kami sememangnya LAYAK bersuara. Kami yang berhempas-pulas, kami yang memastikan segala majlis berjalan lancar, anda yang tak berada di sebelah kami, sila jauhkan diri dan jaga masalah sendiri.
Apapun, nampaknya keadaan dah makin reda, jadi harapnya ini bermakna masyarakat dah membuka mata, siapa salah, siapa betul tu tak penting, yang penting ialah saat macam nie kita boleh tengok true color manusia-manusia nie. :)
Seperkara lagi, saya sangat sedih sebab saya tak pernah tau saya ada anak saudara dan sampai sekarang saya tak dapat jumpa anak saudara saya tu. :|
Comments
Post a Comment