Pengalaman Seram Highland Tower


Kejadian berlaku pada malam Jumaat, saya dan beberapa rakan ke lokasi Highland Tower kerana tertarik dengan apa yang dijumpai kawan-kawan saya iaitu Niezam Zaidi & Shima Anuar kat sana (masa shoot doku Highland Tower).


Sampai je kat sana, ambil gambar action figure Hot Toys saya depan pintu masuk dulu. Guna shutter speed dan dapat result gambar warna yang agak menyeramkan (warna merah jingga, orang kata kalau langit warna gini maksudnya makhluk halus tengah aktif).
Poyo giler mamat Bane nie.
Lepas selesai bergambar tu, tinggal la 2 member melepak kat luar sebelum join. Saya dan beberapa rakan yang lain terus menghala ke pintu masuk Highland Tower yang dahpun ditutup (Maaf Pak Guard, kami masuk diam-diam) tapi sebelum nak sampai ke sana, kena melalui satu kawasan yang mana terjadinya perkara yang menyeramkan...

Apa yang jadi?

Jalan menuju ke pintu masuk Highland Tower tu ada sebuah banglo tinggal, yang mana banglo tu pernah digunakan sebagai tempat mengumpulkan mayat-mayat mangsa tragedi Highland Tower. Sekarang memang tak berpenghuni lepas terjadi pelbagai peristiwa menyeramkan dan jugak ikut rasionalnya kalau dah sebelah kawasan yang tak selamat, sememangnya owner akan berpindah, kan?

Berbalik kepada kisah saya, sampai je betul-betul depan banglo tu, tiba-tiba ada suara garau dan besar menjerit memanggil nama saya

"Azhar!!"

Saya mencari-cari empunya suara tu dan terpandang la banglo kat situ. Saya dapat lihat dengan jelas sosok seorang lelaki berbadan gempal, berwajah hitam macam berbulu sedang bercekak pinggang dan tangan kiri melambai ke arah saya.

Fikiran suci saya bertanya "Siapa yang kenal aku malam-malam nie?" dan terus mengamati wajah makhluk tersebut. Mungkin kenal ke atau apa, tak tahu la nak cakap, kan? Namun tak beberapa lama kemudian saya ditolak rakan saya yang terus berkata "Jalan! Jalan!!" dan kami meneruskan perjalanan kami ke bangunan Highland Tower.
Tepat dekat sini la mamat bulu tu lepak.
Apa yang jadi kat dalam tu nanti saya ceritakan, tapi balik je dari Highland Tower, kami melepak di restoran mamak dekat simpang tiga sebelah Ampang Park, dan saya bertanya kepada rakan-rakan saya,

"Siapa yang pegi kat banglo tadi? Korang ada panggil saya ke?"

Then sorang dari member balas "Siapa yang pegi? Masa Azhar masuk tu baru abang dengan Epy pegi ke sana buang air kecik,"

Lepas tu, baru la member saya yang follow ke dalam Highland Tower cerita, benda tu sebenarnya ialah penunggu kat sana, memang ada beberapa kes orang jumpa makhluk tu dan ada yang lagi best, toleh belakang dia tengah memandang betul-betul sebelah mangsa.

Saya terus terdiam dan mandi lepas balik malam tu...


Dorang pegi dulu, kitorang kemudian... Dorang dapat lagi power... huhu.
Jalan masuk ke Highland Tower. ni pukul 12 malam, nampak cam petang sebab shutter speed.
Agak dapat rasa seram bila lalu kat sini.

Dah nak sampai dalam dah nie.
Kawasan basement.
Nasib baik tripod, kalau sendiri ambil gambar konfim menggigil. Hehe.
Dengan harapan masa nie kalau ada 'sesiapa' boleh join... Huhu.

Comments

Popular Posts