Civil War - Perang Belum Berakhir!


Feeling-feeling join Civil War kejap hehe.

Semalam saya sempat untuk ke panggung wayang D'Pulze untuk tonton filem yang setahun lebih dah saya tunggu & excited, apa lagi 'CIVIL WAR' la. Dah nama pun peminat Marvel Cinematic Universe (MCU) so filem nie kalau tak tengok the first hour dia keluar kat Malaysia memang tak sah la kan?

Sebelum saya share pandangan, meh nak share dulu sinopsis kepada filem CIVIL WAR nie.

Sebelum dikenali sebagai filem CIVIL WAR, tajuk untuk filem ni ialah Captain America: The Fallen Son atau The Red Skalau tak silap & masa shooting filem nie dikenali dengan nama 'SPUTNIK'.

Kisahnya berkisar selepas lebih setahun dari Age Of Ultron, Tony Stark sibuk dengan foundation dia, untuk lahirkan lebih ramai genius macam dia, Steve Rogers & New Avengers sibuk lawan penjahat. Macam mana pun, Tony Stark & team Captain bertemu balik dalam 1 meeting bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Amerika, Thunderbolt Ross yang mengusulkan superhero nie semua dikumpulkan dalam 1 organisasi di bawah pantauan United Nation (UN) sebab aktiviti mereka nie sangat la bahaya & sering mengancam penduduk sekitar. Tambah pulak 117 negara dahpun mengecam tindakan Avengers nie yang sesuka hati masuk negara orang & buat macam-macam.

Ada yang recognized Avengers nie sebagai Hero, tapi ada jugak yang pandang diorang nie tak ubah macam penjenayah yang diorang tumpaskan. Nak dijadikan cerita, Thunderbolt Ross bagi masa 3 hari untuk team Avengers buat pilihan & pada masa yang sama nanti, negara-negara di bawah pertubuhan UN akan berkumpul untuk sain surat persetujuan 'Registration Act' kat bawah nama 'Sokovian Accord' (rasanya macam tu la ejaan dia) 

So apa jadi pada team Avengers yang mana Tony Stark sokong apa yang Ross cakap tapi Steve Rogers tak setuju sebab kalau Avengers bersetuju untuk join Accord ni, so segala tindakan Avengers perlu dapat persetujuan bersama UN.

::::::::::::::::::::::::::: ☆☆☆☆ SPOILER!!!! ☆☆☆☆ :::::::::::::::::::::::::::
JANGAN BACA SEKSYEN NIE KALAU TAKNAK TAU ISI KANDUNGAN FILEM NIE! 

Perasaan keterujaan nak tonton filem nie memang tak payah la nak disangkal lagi. Walaupun pembukaan dia midnight semalam (pukul 12am!) tapi demi Avengers, saya tetap jugak pegi. Ada beberapa faktor yang saya nak share dekat sini yang buatkan saya rasa seronok nak kongsi.

☆☆☆ PART BEST ☆☆☆

 • ACTION PACKED! Dari starting sampai la habis filem nie, kerja depa duk bergaduh je. Paling rasa berdebar ialah final confrontation di antara Captain America, Iron Man & Winter Soldier. Scene nie korang tak pernah lagi tengok dekat mana-mana filem MCU, ganas & memang dapat raa emosi superhero nie especially Steve Rogers & Tony Stark. Tony memang jelas dia confront Steve & Bucky dalam nie untuk diri sendiri & Steve pulak, memang nampak walaupun Tony kawan kepada dia, tapi bromance dia dengan Bucky lebih kuat sampai dia ketepikan perasaan dia pada Tony Stark. Itu memang best!

Battle dekat Bandara bak kata Rangga (tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 dulu so saka AADC ada lagi dalam hati haha) ataupun lapangan terbang sememangnya scene yang ditunggu-tunggu sebab kat sini la hampir semua superhero MCU berkumpul. Surely paling teruja nak tunggu kemunculan Spider-Man yang pada pendapat saya, saya kasi dia 4.78 dari 5 haha. Scott Lang pun best dekat dalam battle nie, yang mana rasa macam tengok Po dari KungFu Panda (Yes, macam serupa je perangai dua-dua nie haha). Banyak elemen-elemen surprise dekat dalam nie so saya akan tinggalkan untuk korang tengok sendiri.

• GREAT CHARACTERS! Marvel Studios memang tak dinafikan pandai pilih actor/actress untuk watak-watak superhero diorang & saya sendiri memang yakin dengan karisma para pelakon dalam filem nie. Semua berjaya bawak watak masing-masing. Meh kita tengok sorang-sorang:


❂ Iron Man | Tony Stark
- Kesian si Tony Stark nie sebenarnya, walaupun hidup kaya tapi tetap jugak tak senang kat hati. lepas battle of Sokovia, Tony Stark & Pepper Pott berpisah dan ia mendatangkan kesan jugak la kepada Tony Stark. Masa sesi berjumpa dengan para pencipta muda, Tony Stark bertembung dengan sorang makcik kulit hitam nie kat tepi toilet, yang mana makcik nie rupanya ialah mak kepada salah seorang mangsa kat Sokovia tu & menyalahkan Tony Stark serta Avengers sebab menyebabkan kematian anak dia. Pertemuan nie membuatkan Tony Stark yakin mereka perlu berdaftar dengan kerajaan supaya kejadian yang sama macam kat Sokovia tu tak terjadi lagi & jumlah mangsa akibat dari tindakan mereka dapat dielakkan.

Dalam filem nie jugak, kita dapat tengok antara kekesalan terbesar Tony Stark bersama dengan parent dia yang mana ini merupakan antara plot terpenting dalam filem Civil War nie. 


❂ Vision
- Andromance si Tony Stark nie masih lagi ada sikit perangai JARVIS walaupun dia tak mengaku terang-terangan. Dia sependapat dengan Tony Stark & ikut sama dalam pertempuran bersama dengan #TeamIronMan. Dalam filem nie, kita boleh nampak perasaan sayang yang mula berputik antara Vision & Scarlet Witch tapi terhalang dek kerana perang saudara nie. 


❂ War Machine | Col Rhodes
- Lepas 3 episod Iron Man, 1 episod Avengers & terbaru episod Captain America nie, baru la bagi saya, nampak chemistry antara Tony Stark & Rhodes, nak-nak bila War Machine kena tembak Rhodes cedera parah. Dalam filem nie, si Rhodes nie lumpuh & terpaksa menerima rawatan. So adakah Rhodes akan kembali dalam Avengers: Infinity War? Kita sama-sama la tunggu ye?


❂ Black Widow | Natasha Romanoff
- Buat pertama kalinya sokong pendapat Tony Stark & dia terpaksa bertarung dengan kawan-kawan dia untuk selamatkan mereka. Ironi kat situ tapi tu la yang jadi. 


❂ Black Panther | T'Challa
- Masa awal-awal watak nie diberikan kepada Chandwik Boseman, saya macam agak was-was tapi lepas tonton filem nie, I approve him as Black Panther. Haha. Memang ada karisma mamat nie.

Kisah si Black Panther nie pulak, dia ikut ayah dia, King T'Chaka ke persidangan UN kat Vienna tapi malang tak berbau, 1 letupan berlaku & mengorbankan ayah T'Challa nie. Dapt tau suspek ialah Bucky Barnes selepas footage Bucky tersiar kat TV, dia mula memburu Bucky dalam cubaan untuk bunuh Bucky. Aksi kejar-mengejar Black Panther, Captain America & Bucky memang epik. Ini salah satu scen yang korang kena tonton.


❂ Spider-Man | Peter Parker
- Pilihan yang sangat sesuai bagi saya. Kalau bukan lebih baik, mungkin sama level dengan Andrew Garfield but waaaayyyy much better dari Tobey Maguire. Karekter Spider-Man dalam MCU nie digambarkan sebagai seorang remaja belasan tahun, quite socially awkward kind of teenager & comel. Dia dapat kuasa dia dalam masa 6 bulan sebelum Civil War start & kedatangan Tony Stark membahan dia (memang kelakar gila scene Tony & Peter nie) membuka jalan untuk dia untuk jadi superhero yang lebih baik tapi sebelum tu, dia kena buat 'intern' dulu dengan team Tony (seems like that la haha)

So dalam nie korang akan selalu dengar si Spidey ni dok kata "Mr Stark said... Mr Stark said..." dekat Captain America & team. Haha.

Acted as comic relief versi umum berbanding bromance dia dalam komik iaitu Deadpool, kita boleh nampak karekter si Peter Parker nie yang cuba untuk impress abang long dia si Iron Man & macam mana dia sorang je boleh tibai Winter Soldier, Falcon, Captain America & jeng jeng jenggg... GIANT-MAN.

Suit dia kelakar dalam filem nie. Hopefully SPIDER-MAN: HOMECOMING dia akan dapat suit yang nampak nice sikit. Tapi takpe la sebab suit dia nie pun rushing nak buat, less than 24 hours je pun si Tony Stark kena sediakan suit untuk Peter Parker, so make sense suit dia macma tu je.

But whatever, WELCOME HOME SPIDEYYYYYY!!!


★ Captain America | Steve Roger
- He got a point dalam perang saudara nie, tapi point dia tak berapa nak kuat & dia sendiri tau tu, sebab tu dia almost sain Sokovia Accord tu cuma dia terhenti bila dapat tau apa si Thunderbolt Ross & Tony Stark buat kat kawan dia si Wanda Maximoff. nak-nak lagi bila nyawa kawan dia si Bucky tu dalam pertaruhan selepas ditahan oleh pihak berkuasa. Untuk selamatkan Bucky dan membuktikan si Bucky nie tak bersalah, dia terpaksa kumpulkan kawan-kawan dia untuk bantu dia selamatkan Bucky. Dekat sini la terjadi pertempuran Avengers.

"That shield doesn't belong to you, my father made it!" - budak-budak punya bergaduh. Walaupun agak tense scene nie tapi rasa kelakar bila Tony Stark dah kena pukul teruk pun masih ego lagi. haha.


★ Winter Soldier | Bucky Barnes
- Dia la punca segalanya dalam nie, dia la punca Capt & Iron Man bergaduh, dia la punca mak pak Iron Man mati, dia la punca Capt hilang fokus & 11 orang awam mati. Dia jugak la yang tak bersalah dalam Civil War nie. Macam mana tu? Dekat dalam filem nie, baru la revealed secret password untuk buatkan Bucky jadi robot 'Winter Soldier' dan serang kawan-kawan Steve Roger.

Slowly dari sorang mysterious man, dia mula bertukar balik jadi Bucky, kawan Steve Rogers dari Brooklyn. Kalau korang bergaduh siapa bakal jadi next Captain America lepas Steve Roger, hentikan la pergaduhan tu sebab Steve Roger masih lagi Captain America sampai habis.


★ Falcon | Sam Wilson
 - Sidekick setia Captain America. Walaupun tak sekuat team Avengers yang lain tapi otak bergeliga mamat nie. Refleks dia laju & dia la punca Rhodes lumpuh.

Dia suka bergaduh dengan Bucky, ada beberapa kemungkinan. Yang pertama, jeles Roger ada best friend lain selain dia atau mungkin dia tak percaya dekat Bucky nie sebab dia masih lagi berbahaya. Tapi memang comel bila dorang bergaduh. Haha 


★ Scarlet Witch | Wanda Maximoff
- Cuba selamatkan Captain America dari terkorban, dia tak sengaja buat 11 orang warga Lacos mati. Ini buatkan dia dicop sebagai seorang yang berbahaya & Tony Stark terpaksa letakkan Wanda under supervision si Vision. Haha got that joke? got that? ok bye...

Memang kesian apa yang government buat kat Wanda nie. Kurang ajar betul! Haha emo sekejap sebab memang sangat 'Babes' si Wanda Maximoff dalam nie sampaikan kita rasa tak patut apa yang dia kena tu.


 ★ Hawkeye | Clint Barton
- Sekejap je penampilan Hawkeye nie. Walaupun dah bersara katanya tapi akhirnya terpaksa jugak turun padang lepas mendapati Avengers berterabur sejak tak ada dia (tu dia yang claim) dan bantu Rogers. Dia la yang escort Scott Lang & Wanda masuk team Captain America.


★ Ant-Man | Giant-Man | Scott Lang
- Sama macam Spider-Man, comic relief sebelah Captain America. Walaupun kemunculan dia dalam 3, 4 scene tapi memang mendatangkan kesan. Dia adalah antara faktor penting dalam battle kat lapangan terbang.


Memang kelakar bagi saya nasib si Scott Lang nie. Dari Ant-Man lagi dia berusaha untuk jadi orang yang baik kat mata masyarakat tapi nasib tak menyebelahi dia. Sangkaan dia, Captain America sebagai wira negara mungkin pintu keluar untuk masalah dia nie, rupanya join Captain America dia tetap jadi so-called penjenayah. Haha.


★ Agent 13 | Sharon Carter
- Anak sedara Peggy Carter, dalam filem nie baru Captain America tau & kalau dalam komik, dia nie la pembunuh Captain America. Dia adalah kunci kepada pembebasan Captain America, Sam & Bucky.


• MARTIN FREEMAN! Keterujaan saya bertambah sebab ada 1 karekter saya lupa nama dia (Malam nie saya repeat balik Civil War nie saya akan update nama dia) lakonan Martin Freeman. Watak dia takde la penting sangat dalam filem nie tapi kalau sesiapa yang tak tau, dia adalah sparring partner kepada Benedict Cumberbatch dalam series Sherlock Holmes so as most of you know, Benedict sekarang part of MCU sebagai Doctor Strange! Sikit lagi trivia, ini bermakna kita dah ada 2 Sherlock Holmes dekat dalam MCU iaitu Robert Downey Jr & Benedict! Menarik.

Ben Cumberbatch sebagai Dr Strange

• GREAT PLOT! Siapa yang baca CIVIL WAR versi komik, percaya la korang kena tonton filem nie kalau nakkan kelainan. Yes, jalan cerita filem nie agak berlainan dengan Civil War komik. Plot dikembangkan dengan reason yang lebih rasional. Isu keluarga & pertalian sangat kuat dalam filem nie, yang mana setiap dari karekter utama ada kehilangan seseorang & ini la punca kepada segala tindak-tanduk mereka. Flow filem nie ada breathing space & ada tense yang tak la terlampau tapi jugak, tak la terlalu lame. Zemo, watak yang bertanggungjawab buat beberapa hal yang menyebabkan sueprhero bergaduh ada reason yang kuat untuk balas dendam pada Avengers.

☆☆☆ PART TAK BEST ☆☆☆

Tak banyak part yang kurang syok (saya kena mengaku saya buyer kat sini) tapi saya cuba jugak la mempersoalkan beberapa perkara. Antaranya

• NO JUSTICE! Yes, kurang syok sebab Crossbones, supervillain keluar sekejap je sebelum mati katak. Mungkin kerana tak cukup masa untuk kembangkan watak nie, so kematian si Rumlow nie sia-sia je.

• NO REASON! Kenapa Crossbones muncul dekat Lacos & curi senjata Bio? tak diceritakan dengan teliti ataupun takde punca langsung, rasa macam hanya diadakan untuk Captain America bergaduh je. Mungkin saya terlepas pandang tapi itu la hakikatnya. Crossbones nie bekerja untuk siapa selepas SHIELD & HYDRA dihapuskan pun kita tak tau.

• NO NICK FURY! Akhirnya Nick Fury betul-betul hilang lepas battle of Sokovia. Agak sama dengan plot utama Civil War versi komik. mungkin kita akan dapat jawapan masa di Doctor Strange nanti, ke mana perginya Nick Fury?

• WEAK PLOT! Eh? Tadi kata plot best, tapi nie tetiba tak best pulak? Sebenarnya bukan la tak best langsung, tapi rasa macam takde kaitan je si Zemo, penjenayah utama dalam filem nie dengan Civil War. Dia kata dia berjaya pecah-belahkan Superhero tapi sebenarnya sebab Sokovia Accord la Avengers nie bergaduh. Yang mamat nie tak habis-habis "16 Disember 1991". Mungkin dalam filem akan datang siapa Zemo nie akan dijelaskan tapi buat masa sekarang bak kata HLive, "WTF? Wei Tak Faham?" Hehe.

Kenapa saya kata kat tajuk tu 'Perang Belum Berakhir?' Biar saya buat point supaya lebih mudah faham.
 • Apa terjadi kepada Sokovia Accord selepas perlawanan akhir Steve Roger & Tony Stark? Kita tak diceritakan dekat dalam filem nie. So kena la tunggu di title-title lain yang akan keluar nanti atau mungkin dalam drama MU seperti Agent of SHIELD atau Netflix Daredevil atau Jessica Jones.
• Apa terjadi kepada #TeamIronMan selepas battle di lapangan terbang? Black Widow menghilangkan diri, tinggal la Vision & Rhodes di Avengers HQ bersama Tony Stark.

Phuh, panjang lebar review filem nie tapi apapun saya harap korang dapat la maklumat yang korang cari dekat review saya nie, kalau ada apa-apa kemusykilan boleh komen kat bawah nie & kalau korang tak setuju dengan apa yang saya kata, it's okay, masing-masing dengan pandangan sendiri kan? Terima kasih anyway sebab sudi jenguk blog saya & insyaallah rajin lagi, saya buat review lain pulak. Nantikan review Amin Idris & Afdlin Shauki insyallah esok pasal filem nie ok?


Comments

  1. Fuhhhh..takyah gi wayang..save duit aku..haha

    ReplyDelete
  2. Fuhhhh..takyah gi wayang..save duit aku..haha

    ReplyDelete
  3. bagus review ni... part tak best tu penting... saya setuju pasal zemo tu dan civil war ni tetiba pasal nak mengejar si winter soldier ni... kalau stick gaduh pasal accord tu pun ok... thunderbolt ross jadi red hulk ke kasi hentam semua... paling org tak perasan adalah scarlett witch... masa AOU, dia bole mind control semua org... so by default masa diorg gaduh, dia boleh je mind control diorg ni semua dan team cap menang hands down.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali. Banyak power2 superhero ni yang tak fully utilised. Next review sy nak hentam Iron Man sikit. Favorite hero tapi ada sikit yang sy rasa tak berapa adil. Hehe. Thanks for reading bro

      Delete

Post a Comment

Popular Posts