Dakwah Tu Bisnes
Baru-baru nie kecoh jugak isu pasal selebriti yang pada mulanya buat keputusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik tapi secara tiba-tiba buat keputusan untuk membuka hijabnya & 1 lagi kes ialah bila seorang lelaki sejati (bukan khunsa as far as I know) turut buat keputusan yang lebih berat pada pandangan saya iaitu beralih kepada menjadi seorang pondan.
"Saya jadi Pondan semula sebab penat jadi baik,"
I was like... Betul ke pada bacaan aku ni?
Kalau saya la kan, saya pulak penat dah nie asyik jadi jahat, bila entah nak jadi baik... Haha... Memang agak sayang sebab kita sepatutnya berubah ke arah yang lebih baik, tapi sebaliknya, kita semakin jauh dengan Sang Pencipta.
Tapi sebenarnya saya tak layak nak bagi komen berpanjangan pasal isu nie, cuma boleh berdoa agar mereka-mereka nie dibukakan hati untuk menjadi lebih baik dan mendapat hidayah dari Allah SWT, itu yang saya dapat katakan. Saya bukan berada di posisi yang berhak untuk menghukum apa yang mereka lakukan.
Macam tu jugak dengan sesetengah manusia nie yang sebenarnya mungkin agak melampau, bila seseorang manusia tu berubah ke arah lebih baik, dorang komen macam-macam, itu tak kena, ini tak kena, ada yang lagi teruk, terus menghambur kata-kata yang kurang sedap didengar dan akibatnya?
Kedua-dua kes yang saya mentioned tadi ada menyatakan mereka revert back to their old self was because of apa yang mereka usahakan ke arah kebaikan sentiasa dikritik terutamanya dari Netizen.
Anyway, saya & pengacara Astro, AMin Idris sempat la berborak sambil main PS kat rumah dia, dan sempat jugak la bertanya pasal isu nie & hari nie saya nak kongsi dengan korang apa kata Amin Idris. Jom kita dengar.
Comments
Post a Comment