Perkara Menarik Pasal iPhone X, Mana iPhone 9?

Iphone x

Apple baru saja melancarkan beberapa gadget terbaru syarikat tersebut seperti New Apple TV, iPhone 8 aka iPhone 7s extended-extra-special-just-to-recycle-from-last-version of iPhone 7 & yang paling menarik hati semestinya 1 lagi iPhone yang turut dilancarkan bersama iPhone 8 iaitu iPhone X.

Mana pergi 9? Mungkin Apple menghormati Smsung yang melenyapkan terus galaxy Note 7nya.

Just saying.

So apa yang menarik perhatian dengan iPhone X ni?



Semestinya bukan harga yang saya akan umumkan kemudian tapi beberapa pembaharuan yang menjadi perhatian ramai semasa pelancarannya.

Yang pertama dari segi rekabentuk yang masih mencerminkan identiti iPhone tapi dengan pembaharuan interface iaitu 5.8 Oled Display menjanjikan kualiti paparan yang maksimum.

Yang menariknya iPhone X tak lagi mempunyai paparan berbentuk kotak tapi melengkung yang menambahkan kecantikan kepada iPhone X ni serta bertakuk di tengah-tengah dengan paparan masa di sebelah kiri, battery & coverage level di sebelah kanan.

Tak ada lagi home button di iPhone X ni yang menunjukkan cara kita berinteraksi dengan iPhone X ni akan menjadi lebih berlainan dari iPhone sebelumnya. Kini untuk ke Home menu, korang kena guna motion gestures swipe up,

Swipe up separuh sahaja sekiranya korang nak ke multitasking panel.

Ada 3 option lain yang memerlukan korang menggunakan motion gesture iaitu swipe down dari permukaan tengah atas kamera untuk melihat notification, swipe down dari permukaan kanan atas untuk control option dan swip down dari tengah skrin untuk ke Search Mode.

So, bila tak ada Home Button, Apple turut menghapuskan fungsi fingerprint ID & diganti dengan Facial Recognition technology.

Kualiti kamera semetinya menjadi antara perkara yang dipertimbangkan oleh para pengguna & beza dengan iPhone 10 dengan smartphone yang lain ialah ianya menggunakan vertical dual camera berbanding conventional horizontal virtual camera yang menjanjikan kualiti lebih baik untuk cinematography.

Dengan kualiti 12 megapixel serta potrait mode yang kini boleh digunakan pada kamera depan dan belakang, beberapa option untuk potrait mode yang menjanjikan kualiti maksimum untuk gambar korang. So rasanya ini satu-satunya alasan yang cukup baik untuk ke pengguna membeli iPhone X ni.

Ok, ini new technology yang menarik perhatian saya iaitu Animoji yang mana ikon emoji akan bertutur mengikut ayat yang direkod oleh kita. That would be new way for dak-dak wichet berkomunikasi dengan kawan-kawan. Hehe

So itu antara focus point untuk smartphone terbaru keluaran Apple selain iPhone X menggunakan A11 bionic chip, better battery performance, glass back yang membantu menaiktaraf wireless charging smartphone ni.

And for the final info yang menyayat hati, iPhone X akan mula dijual dengan harga RM4,500.00 atau RM7,000.00 sekiranya korang beli dari scalpers sebelum ianya mula dijual di Malaysia.

Adakah iPhone X berbaloi untuk korang beli? cuba share komen korang & jangan lupa subscribe ok? Thanks for watching. bye!

Comments

Popular Posts