Perfect Bonding Time Dengan Anak-Anak



Aktiviti luar sangat penting untuk perkembangan anak kita, chewahh macam iklan TV tapi it's the truth.

Cuma abam yakin sebagai mak ayah, kita sendiri risau kalau bawak anak main-main dekat luar, dengan cuaca tak menentu, dengan ancaman kuman dan penyakit, tambah pulak bila pantang lalai sikit, takut ke mana pulak anak kita pergi, ye tak?

Macam mana abam tau? of course sebab abam pun kadang-kadang risau nak bawak anak abam si Ean ke tempat-tempat terbuka macam tu. So nak jadi cerita, abam pegi la try 1 playland kat Starling Mall, Bandar Utama.

Bayangkan, persekitaran interaktif yang besar, selamat dan banyak kemudahan yang disediakan. Paling best, anak-anak bebas explore playland ni dengan minimum supervision sebab di setiap section ada assistant yang membantu.

Kat mana? Kiddomo Universe | Future Playland la jawabnyer... 

Dekat sini apa yang menariknya, semua permainan yang disediakan adalah berasaskan interativiti yang mana parents dan anak-anak boleh cipta Avatar sendiri yang mana Avatar ni korang boleh gunakan di setiap permainan yang ada kat Kiddomo Universe ni.

Oh, jangan lupa bawak stokin kalau nak main kat sini, tapi kalau tak ada takpe, korang boleh dapatkan dekat kaunter tiket.

Tempat permainan pilihan Ean semestinya Plastic Ball Pit yang mana dekat sini dipenuhi dengan beribu bola plastik sampaikan bapak Ean sekali terjerumus untuk main. Hahaha... Tapi hati-hati sebab dalam beribu-ribu bola ni, ada tersembunyi telur  dinosaur rahsia yang korang boleh redeem melalui mesi yang ada dekat Plastic Ball Pit tu.
Tempat kedua ialah 3D Animated Wall yang mana anak-anak boleh mewarnakan objek-objek yang disediakan, lepas tu korang boleh scan lukisan tu & serta-merta lukisan tu akan muncul di dinding dalam format 3D!
Selain dari tempat-tempat ni, ada banyak lagi tempat interaktif yang menarik untuk anak-anak kita cuba seperti Selfie World | Actual Art Redesigner | Dream Zone | Wizard World | Magic Mirror | Luna Slider | Kara O Kid & macam-macam lagi.

Kawasan permainan ni pun selalu diupdate so setiap kali korang lawat, mungkin ada kejutan-kejutan yang menanti korang.

Anyway korang boleh stay seharian kat sini tanpa risau pasal tempat makan sebab Kiddomo Universe | Future Playland ada sediakan cafe yang selesa dan cantik.
Nak buat birthday atau private party? Pun takde masalah sebab korang boleh tempah Kiddomo Universe ni untuk apa-apa acara yang korang nak sebab dekat sini memang disediakan tempat untuk korang adakan majlis korang.
Kalau berminat nak pergi ke Kiddomo Universe | Future Playland ni, ianya dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dengan harga bermula pada RM45 ke atas, untuk penjaga RM15 seorang & tak ada limit waktu berapa lama korang nak spend time kat sana.

Nak lagi puas tengok Kiddomo Universe ni? Jom layan video interaktif abam pulak


Anyway ini rate yang abam boleh bagi untuk tempat ni

Comfort ✨✨✨✨✨✨✨✨✨✩
9/10
Bonding Time✨✨✨✨✨✨✨✨✨✩
9/10
Facilities✨✨✨✨✨✨✨✩✩✩
7/10
Cleanliness✨✨✨✨✨✨✨✨✨✩
9/10

Check jugak gambar-gambar lain nie ok




Comments

Popular Posts