(Filem) The Wolverine... Dahsyat!!


Saya baru je habis tengok filem The Wolverine sekejap tadi, perasaan teruja masih meluap-luap dalam badan ni haa, boleh kata sebab saya memang penggemar filem keluaran Marvel atau lebih tepat lagi nak kata, penggemar filem Superhero. So apa yang teruja sangat dengan filem nie?

Sebenarnya kalau nak diikutkan
, filem nie biasa je, dah boleh agak apa ending filem nie dan boleh tau filem nie ke mana. Tapi mungkin disebabkan saya memang ikut filem-filem dari siri Marvel, so apa yang divisual dalam filem nie buatkan perasaan excited tu terlebih-lebih. Haha.

Info Ringkas
Terbaekkk!! Kata Iron Man~

Filem
The Wolverine
Pelakon
Hugh Jackman, Tao Okamoto, Will Yun Lee, Rila Fukushima, Svetlana Khodchenkova.
Genre
Aksi

Rating:
 ☆ ☆

Tonton ke Tidak?
Wajib! | Kalau Ada Masa | Tak Payah!

Sebab Best?

1. Sebab heronya ialah Wolverine. Walaupun saya bukan la peminat tegar watak Wolverine nie tapi mamat nie sememangnya antara watak yang menarik dan sentiasa jadi perhatian. Kalau dalam versi komiknya takde la hensem mana tapi Hugh Jackman buatkan watak Wolverine nie mampu bersaing dengan ikon-ikon Marvel macam Spiderman dan Iron Man. Teringin sebenarnya tengok Wolverine team up dengan Iron Man macam dalam komik. Mesti best giler... Tapi production company tak sama so makan pisang je la nak tengok.

2. Tokyo baybehh!! Filem kali nie berkisar pasal pengembaraan Logan a.k.a Wolverine ke Jepun. Dalam komik, Mariko nie adalah anak ketua kongsi gelap Yakuza Jepun tapi dalam filem Mariko nie adalah cucu kepada taikun teknologi Jepun.



3. Dah ikut francais X-Men so mesti la teruja. Ni merupakan francais ke-6 X-Men, mungkin ada antara korang yang tak tau atau baru nak berjinak-jinak, biar saya kasi kronologinya:
  • The Wolverine: Origin
    • Kisah asal usul Wolverine. Yang menariknya dalam nie, kita lagi paham siapa Logan dan macam mana badan dia boleh ada Adamantium. Kisah nie yang kurang bestnya sebab karekter Deadpool dia langsung tak menarik. Ada karekter dalam filem nie berkait rapat dengan kisah X-Men 2, tapi lupa dah siapa.
  • X-Men: First Class
    • Kisah Professor Charles Xavier a.k.a Professor X dan Magneto zaman muda-muda. Macam mana dorang boleh kenal dan jadi besfren, tapi dalam masa yang sama musuh. Ada beberapa pengenalan watak macam The Beast (yang hanya muncul dalam X-Men 3), Logan yang menyampah dengan Professor X dan Magneto, serta beberapa lagi watak-watak penting.
  • X-Men
    • Kisah permulaan team X-Men, yang menentang musuh tradisi dalam komik dan siri kartunnya, Magneto. Filem nie not bad tapi tak berapa nak buat saya suka filem X-Men nie.
  • X-Men 2
    • Sequel (obviously) yang menceritakan pasal Magneto & Professor Charles Xavier terpaksa melupakan seketika permusuhan mereka dan bersatu menentang sebuah organisasi gelap yang ada kaitan rapat dengan Wolverine. Dalam filem nie Jean Grey mati, tapi betul ke dia mati?
  • X-Men 3: The Last Stand
    • Filem yang nampak macam filem terakhir X-Men, dalam filem nie Jean Grey hidup balik dan jadi satu entiti baru iaitu Phoenix, yang mana Jean Grey nie dah hilang ingatan dan Magneto memanipulasi Phoenix untuk berjuang bagi pihak mutan. Dalam filem nie menunjukkan yang Professor Charles mati masa nak sedarkan Phoenix, termasuk Cyclops yang mati awal-awal. Haha. Poseur!! Anyway dalam filem nie Phoenix mati dibunuh Wolverine dan Professor X hidup balik. Haa?
  • The Wolverine
    • Nie filem sekarang nie, mengisahkan pasal Dave Grohl lead singer Foo Fighter yang duduk dalam hutan... Eh, Wolverine sebenarnya... Hehe... Selepas peristiwa besar The Last Stand, Logan tinggal di dalam hutan di Kanada dan menghabiskan waktunya kat sana, dihantui oleh mimpi-mimpi ngeri, sampai la satu hari tu, besfren dia si Grizzly Bear mati kena panah beracun penduduk tempatan. Akibat marah, dia pergi menuntut bela tapi dihalang oleh sorang minah Jepun sebelum dibawak ke Tokyo untuk berjumpa dengan kawan lama Logan. Apa jadi lepas tu? Korang kena tonton filem nie sekarang!!
  • X-Men: Days Of Future Pasts
    • Apa pulak kisahnya? Dalam filem nie, Professor X yang hidup balik tu telah mencari dan mengumpulkan X-Men balik termasuk Logan dan kali nie dengan Magneto untuk menumpaskan puak manusia yang nak hapuskan puak mutan dengan membina robot raksasa, Pacific Rim. Hahaha... Tak la, nama robot tu ialah Sentinel dan merupakan musuh ketat giler X-Men dan mutan. Filem nie belum keluar so tak boleh nak cerita lebih. Tak sabar nak tunggu filem nie keluar next year. Hehe...
Ducati Diavel Styloo
4. Ducati Diavel!!! My favorite bike!! Orang dah cakap jodoh tu tak ke mana, si Wolverine nie sebenarnya suka motor-motor jenis lama tapi ntah camne dalam filem nie dia pakai motor Ducati Diavel... Perghh, terbaekk!!

Bahasa Filemnya?


1. Jalan Cerita:
Typical Hollywood storyline, dah boleh agak apa jadi kat ending dia mesti la hero menang, tapi whatever la kan? Rangka filem banyak yang sama, cuma kulit dan isinya yang lain dan itu la yang buatkan filem nie best. Cara penyampaian yang nampak macam lurus tapi sebenarnya mampu mainkan pemikiran orang. Kita agak plot seterusnya macam nie dan karekter nie akan jadi macam ni tapi sebenarnya SALAHH!! Tak caya pegi la tonton.

2. Visual:
Filem yang tak berapa jelas sangat CGInya, tak banyak sangat CGI yang diguna kecuali kat beberapa scene. Saya suka permainan lampu dan kaler filem nie. Beberapa ketika wajah Logan a.k.a Wolverine a.k.a Hugh Jackman nampak soft, yang buatkan filem nie nampak menarik.

3. Audio:
Menarik, nampaknya zaman Hans Zimmer semakin menular dalam BGM genre superhero nie, so tu yang buatkan filem nie lagi syok tengok.

So, Kesimpulannya?

Untuk peminat filem superhero sure la akan tengok filem nie tapi kalau korang yang nak berhibur pun boleh sebab nampak macam serius filem nie, tapi sebenarnya banyak unsur-unsur humor terselit masa time serius. Memang tak rugi tengok dan saya sendiri bila keluar perasaan teruja tu masih kuat. Hehe.


Comments

Popular Posts