Mana Nak Share Hobi?
| Hasil tangkapan iPhone 5 yang menerujakan. Editing Adobe Photoshop. |
Just nak share dengan korang ka
lau kat Instagram nie saya paling gemar habiskan masa-masa kosong (dan kadang2 tak kosong) dengan skrol feeds2 dari komuniti Toygraphy yang makin hari makin aktif kat Instagram.
Apa tu Toygraphy?
Toygraphy adalah gabungan dua perkataan (obviously) iaitu Toy + Photography. Laman Insta nie memang terkenal sebagai tempat untuk geng-geng yang ada minat sama nie berkongsi skil-skil fotografi atau design yang gempak, yang mana ada beberapa akaun komuniti yang akan buat pertandingan setiap hari, setiap minggu ataupun setiap bulan.
So semalam macam biasa saya pun masuk la contest di bawah nama 'Toypops' dan tak sangka pulak artwork saya dipilih sebagai pemenang selain dari beberapa geng-geng yang lain.
Contest nie diadakan setiap hari dan sangat la kompetitif sebab dapat penyertaan dari macam-macam negara, so bila menang tu rasa sangat la hepi. Hehe.
So kalau korang peminat Toygraphy atau yang baru nak berjinak-jinak, korang boleh add beberapa nama nie untuk korang mula enjoy. Yokk!!
| @johandiyahya • Setiap post konfim kena ada Woody. Comel, kan? |
| @randygbh • Super rich, hampir setiap hari ada je toys baru dia beli. |
Comments
Post a Comment