Filem TERBAIK 2016 - The Kid From The Big Apple!




Dah lama sangat dah rasanya hiris bawang dalam panggung wayang. Kali terakhir kalau tak silap filem 'The Journey' 2 tahun lepas. Itu pun sekali dua je especially part ending.

Lepas tu dapat la 1 invitation ke 1 pratonton filem Cina nie, mula-mula agak berkira jugak la nak pergi tengok...

Tapi..!

Kelmarin saya dapat invitation untuk tonton 1 filem berbahasa Cina ((Feeling2 Chinese Look konon)) yang bertajuk 'The Kid From Big Apple', bukan sekali dua, tapi rasanya lebih 4 kali sepanjang filem tu, 'terhiris bawang' di mata saya, haha...

Memang banyak sangat sebab kenapa korang kena tonton filem nie, yang mana pada pendapat saya setiap aspek dalam filem nie dititik berat supaya penonton rasa puas bila keluar dari panggung lepas tonton filem nie. Antaranya


1. Jalan Cerita
Jalan cerita filem nie simple je, mengisahkan tentang ikatan ayah & anak yang renggang akibat cinta si anak, Sophia (Jessica Hester Hsuan) yang tak direstui ayahnya, Sifu Lin (Lung Ti) sehinggalah anak Sophia, Sarah (Sarah Tan) dihantar ke rumah datuknya itu oleh ibunya 12 tahun kemudian untuk bercuti. Dekat situ la bermulanya kisah sweet, sedih & lucu yang konfim korang pun rasa macam korang pun mengenali karekter-karekter dalam filem nie secara peribadi. Susah untuk kita melihat kelemahan filem nie kerana segala plot dalam filem nie disusun dengan baik suapaya kita mudah faham dan mudah mengikuti perjalanan filem nie.


2. Mesej
Selain kekeluargaan, filem nie turut sarat dengan mesej-mesej lain yang dalam masa yang sama membuatkan filem nie istimewa di sebalik pandangan para penonton filem nie. Sebagai contoh penerapan pemahaman budaya tradisi masyarakat Cina, adab & tatatertib yang digarap dengan begitu baik sekali. Pertembungan budaya di antara barat & timur juga menarik perhatian saya yang mana ianya disampaikan dalam cara yang cukup santai. Selain tu, filem nie turut sesuai memberi gambaran kepada ibu bapa bagaimana melihat sesuatu perkara dari sudut anak-anak kecik kita.

Jayson Tan sebagai Ah Bao. Kelakar budak nie~
3. Karekter
Terdapat kepelbagaian watak dalam filem nie, menggambarkan karenah masyarakat & mungkin kita sendiri dalam filem nie. Paling ketara watak Ah Bao (Jayson Tan), budak montel jiran kepada Sifu Lin yang mana memang tak kering gusi melayan karenahnya. Selain tu, watak-watak utama lain pun memang sangat-sangat berkesan yang mana setiap dari mereka memberi impak dalam filem nie.


4. Trend
Kalau tadi saya cakap pasal pertembungan budaya barat dan timur, terdapat jugak unsur-unsur lain yang best dalam filem nie seperti macam mana datuk Sarah cuba untuk mengikut perkembangan terkini dengan menggunakan laman sosial macam Facebook dan aplikasi seperti WeChat serta Whatsapp. Dekat sini kita boleh nampak macam mana teknologi semakin berkembang & memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.

Anyway, filem nie telahpun memenangi 4 anugerah di 7th Macau International Movie Festival untuk kategori Skrip Terbaik, Pelakon Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik & Pelakon Baru Terbaik.
Para pelakon 'The Kid From The Big Apple' bersama trofi yang diraih!
Secara peribadinya ((Rasanya semua pendapat peribadi ni haha)) filem ni saya kasi 4.8 / 5 & tak menolak untuk tonton filem nie 2, 3 kali.

'Bond' antara datuk & cucu nie meamng sangat-sangat sweet & menyentuh perasaan. Mesti meleleh korang tengok nanti. hehe.
So korang semua jangan lupa untuk tonton filem nie di pawagam pada 10 Mac nie ok?



Budak-budak ni semua pun dahsyat! Power lakonan masing-masing



Comments

Popular Posts