Tak Adil! Batman V Superman!
Kalau bukak Facebook ke Instagram sekarang ni mesti ramai kawan korang yang tengah bercakap pasal Batman V Superman, kan? Kalau ikutkan nisbah komen dari penonton, boleh kata majoriti bersetuju filem ni agak ke laut kalau nak dibandingkan dengan filem-filem superhero dari Marvel.
Wait, Marvel?
Seriously??
Adalah tak adil bagi saya untuk kita compare filem Batman V Superman nie dengan filem Avengers atau Iron Man atau apa saja yang berkait dengan produk dari Marvel. Yes, dua-dua produk ni adalah produk superhero tapi korang kena faham, DC Comics adalah Bruce Lee & Marvel adalah Jackie Chan, walaupun dua-dua adalah sama, tapi tak serupa. Produk dari DC lebih dark & berat berbanding dengan produk dari Marvel. Tapi tak boleh nak salahkan judgement penonton sebab DC diibaratkan macam Marvel di zaman hampir jatuh dulu.
Kenapa sama dengan Marvel pulak? tadi kata lain.
Yes, apa yang cuba untuk disampaikan adalah Marvel pernah cuba hasilkan produk yang dark, deep & berat macam filem the Punisher, Ghost Rider & Daredevil dulu, tapi ternyata produk tu tak mampu nak buatkan penonton teruja macam mana keterujaan dorang sekarang terhadap Marvel Cinematic Universe (MCU). Kalau ada pun yang agak berjaya (dan jadi punca Marvel bernafas sikit), cuma filem Blade 1, 2 & 3 (Yang mana sekarang nie Marvel sedang dalam proses untuk reboot semula filem Blade nie).
Jadi, lepas belajar dari kesilapan sebelum nie, maka terhasillah MCU (Yang mana dimulakan dengan keterujaan semua dekat Robert Downey Jr. aka Tony Stark dalam filem Iron Man 2008).
Aduh, lebih cerita pasal Marvel pulak... Rewind balik... Hehe.
So dengan cerita yang terperinci sikit pasal Marvel tu korang tau la saya nie peminat Marvel tapi tak meletakkan isu tu sebagai tiket untuk saya letakkan penanda aras untuk filem DC ni berdasarkan Marvel.
Anyway, walaupun kurang berminat dengan produk DC nie, tapi saya tetap jadi antara yang terawal dekat Malaysia nie yang menonton filem Batman V Superman nie dan jujurnya saya boleh layan filem nie & tak teragak-agak untuk tonton buat kali kedua.
Kenapa?
Thrill! Akhirnya kita akan nampak kehadiran Justice League dalam live action & walaupun kebanyakan daripada superhero nie tak ada pengenalan yang lama dalam filem nie tapi bagi saya dah cukup untuk buat saya rasa nak tunggu filem DC seterusnya (Suicide Squad pun termasuk dalam DCU nie)
xxxx SPOILER ALERT xxxx
Jalan Cerita
• Permulaan dimulakan dengan kisah Bruce Wayne (Ben Affleck) yang kehilangan family masa kecik (Rasa macam tak perlu pun sebab macam nampak sangat tujuan scene ni ada sebab nak establish nama mak Bruce Wayne ni iaitu Martha Wayne.
• Throwback 18 bulan sebelum kisah Batman V Superman yang mana kalau dalam Man Of Steel kita tengok filem nie dari sudut Superman tapi yang menarik kat dalam nie kita boleh tengok pertarungan Superman & General Zod dari sudut mata Batman aka Bruce Wayne, waktu nie saya rasa macam nak je edit filem Man Of Steel & Batman V Superman nie & jadikan sebuah filem yang berterusan. Memang best pada pendapat saya.
• Transition si Bruce nie dari saat sakit hati dia dengan Superman & General Zod nie sebab hancurkan bandar termasuk perasaan dia yang mendalam untuk protect bandar dia (especially) & dunia dari Superman yang dia rasakan jahat agak menarik, yang mana kita boleh tengok dari body macam pakcik yang biasa-biasa tetiba jadi buff 18 bulan kemudian, karekter design yang menarik.
• Jalan cerita yang agak lama sebelum fight, ramai yang complaint bab nie tapi bagi saya quite ok, at least kita lebih faham pasal watak-watak yang ada dalam filem nie, yang mana akan buatkan kita lebih dekat dengan mereka (lepas ni banyak lagi filem Justice League nie, so kena la tau karekter dorang)
• Ada beberapa plot yang lemah & boleh di'enhance' lagi sebenarnya, sebagai contoh:
- Kenapa Lex Luthor JR nie beriya tak suka Superman? takkan hanya sebab tak selamatkan dia masa kena dera dengan ayah dia?
- Memang manusia di bumi akhirnya faham Superman bukan la alien yang jahat lepas Superman selamatkan dorang dari Doomsday, tapi plot utama filem ni masa jam terawal iaitu Lex Luthor buat beberapa insiden supaya orang benci Superman tu macam tak ditutup dengan baik sebab next thing that we know, Superman terus lawan dengan Batman sebab nak selamatkan Martha Kent, mak angkat si Clark Kent nie. Lepas tu lawan punya lawan, Superman mati then dah... tak ada solid conclusion pasal perkara nie.
- Kenapa ada scene Bruce melawat kubur mak pak dia lepas tu tetiba hantu yang keluar. Like Wadehel?
• Filem nie agak menghormati peminat komik sebab stay true with jalan cerita & pengakhiran Superman lawan Doomsday.
Karekter
• Clark Kent / Superman
- Tak banyak nak cakap pasal Superman sebab karekter dia memang dah diintro masa Man Of Steel. Cuma dalam filem nie dia terlebih sentap sikit la, mungkin sebab asyik ken bahan kat TV & internet.
• Bruce Wayne / Batman
- Tak perlu banyak soal, Ben Affleck la calon Batman paling best for me. Yes masa awal-awal diumum dia akan pegang watak Batman, agak risau jugak lepas apa yang dia dah buat kat Daredevil tapi bila dengar pengarahnya ialah Zack Snyder, saya pun takde masalah nak letakkan sikit harapan Snyder mungkin mampu shape Ben Affleck untuk dapat best karekter sebagai Bruce Wayne, ternyata betul.
- Batman nie toksah cakap la dia punya violent lain macam. Kalau kita nampak dia in real life pun mungkin akan pecah sikit pundi kencing kita hehe.
• Lex Luthor Jr
- Pandai dorang eh, nak play safe dengan ambil Jesse Eisenberg sebagai anak, bukan sebagai the real Lex Luthor (As far as I'm concern), tapi for me watak dia memang agak psiko berbanding dengan Lex Luthor yang pernah ada (Smallvile & Superman Retuns, drama & filem lain saya tak tengok so tak sure Lex Luthor dorang macam mana).
- Permainan emosi & riak muka Jesse nie memang sangat menjadi for me, yang mana masa dia nak buli Superman tu dia sendiri pun kita nampak cuba untuk beranikan diri je sebenarnya, walaupun hakikat dia chuak kalau-kalau kena lempang dengan Superman.
• Wonder Woman
- Taknak cakap banyak, cantik, menawan, power, cantik, jelita, eksotik, cantik & segalanya la. Mata & hati dah dikaburi dengan kecantikan dia & lagu waktu dia keluar yang epik. Hehe.
• Doomsday
- Saya tak mengenal hati budi Doomsday selama nie tapi apa yang saya tau brader nie la punca Superman mati dalam komik & buatkan edisi buku komik tu terjual berjuta unit! Cuma dalam filem nie nampak macam recycle dari Troll Lord Of The Ring, Ninja Turtle versi baru nie & Abomination dari The Incredible Hulk
![]() |
Doomsday & kembar-kembarnya |
Kesimpulan
Lepas bercerita banyak nie (taktau la kalau ada sesiapa khatam baca, haha) apa yang saya boleh simpulkan ialah dari segi karekter tu tak banyak nampak masalahnya, cuma kebanyakan penonton tak suka dengan jalan cerita yang katanya agak dragging & boring. Bagi saya pulak selain negatif komen yang saya kasi tadi tu, filem nie memang best untuk ditonton dan peminat komik atau pengikut DC semestinya kena tengok filem nie.
7 out of 10 star
Untuk yang belum tonton lagi, nah tengok trailer dulu.
Comments
Post a Comment