Joyrevfa Jomblo Happy

Merve TVC

"Tau tak Jomblo tu apa?" soal Joyrevfa, sambil membetulkan make-up di wajahnya. Soalan itu bukanlah secara tiba-tiba kerana mungkin Joyrevfa terdengar Ard bersiul kecil mendendangkan lagu Indonesia yang sedang popular itu.

"Jom... Happy? Depa ajak jom?" Ard cuba menunjukkan kepandaian diri kononnya.

"Haha.. bukan la. Maksudnya 'Single',"

Ternyata percubaan untuk nampak pandai tak menjadi. Ard ketawa kecil dan terus bertanya kepada Joyrevfa. Lama juga soalan itu nak terkeluar namun dipendamkan saja kerana tak mahu mengganggu mood Joyrevfa yang menjadi talent Ard pada hari itu.

"Joy, boleh tak saya nak buat vlog pasal kontroversi Joy? Tak tanya banyak, cuma soalan yang tak menyentuh isu sensitif, kalau Joy izinkan,"

Pada mulanya Joyrevfa agak keberatan namun melihat harapan di mata Ard, Joyrevfa akhirnya mengiyakan permintaan Ard itu.

Apa Terjadi?



Comments

Popular Posts