Kerja Dengan Alibaba?

Teh & Ard
*Some common Android Ringtone

"Hello,"

"Hey Ard. We have a job with Alibaba. Take it or leave it?"

Eh, serius la nak tolak? Alibaba kut. One of the biggest company in the world right now. Detik hati Ard. Hari minggu yang terisi dengan aktiviti menyiapkan semula Legotownnya dirasa semakin teruja bila mendengar perkhabaran ini.

"Eh bro, sure la nak. apa detail dia?"

Ard terasa seperti murah rezeki, mana taknya, team baru ini dirasa begitu sibuk sekali terutamanya sekitar bulan Ramadhan lalu, bos besar merancang untuk membuat video khas untuk dimuatnaik ke Youtube, kerana menurut perancangan tiada projek baru yang masuk namun 2 hari kemudian, jadual mereka terisi dengan projek-projek baru hingga mencecah ke lewat Ramadhan.

Alhamdulillah.

Jadi selepas menerima tugasan dari bos besar, Ard segera mencapai keyboard Bluetoothnya dan segera menaip butiran-butiran untuk dikongsi bersama team yang lain.

Siapa sangka, syarikat terkemuka dunia Alibaba sangat-sangat teruja untuk menggunakan khidmat mereka selepas kejayaan mereka menyiapkan video Digital Free Trade Zone (DFTZ) tempoh hari.

"Guys, we have additional job next week,"

Giant at work.

Seawal jam 6.33 pagi, Ard sudah muncul di hadapan pintu pejabat. Yang melihat mesti sangka betapa berdedikasinya beliau, tapi sebenarnya, Ard sudah 3 minit lewat dari jadual. Sempat juga Ard diperli Idaman.

"Ingat tadi nak pesan Uber ke Mid Valley," masing-masing ketawa. Terpaksa terima perlian tersebut sebab memang dah lewat, walaupun hanya 3 minit.

Seawal jam 6:45 pagi pun tetap kelibat kesesakan jalan raya menampakkan diri. Projek kali ini, mereka dipecahkan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A yang terdiri dari Ard, Idaman, Teh Nadira & Hanis akan berurusan terus dengan kumpulan Alibaba Group & kumpulan B, terdiri dari Bos Besar, Latif yang belum pernah dikenali Ard & bunga dalam kumpulan, Areeda.

Tugasan mereka tak sesusah mana, hanya mengikut kumpulan Alibaba ini menyiapkan tugasan seharian mereka dan merekodkan segalanya di mana video tersebut akan digunakan oleh Alibaba untuk urusan korporat mereka.

Mereka ditempatkan di WSpace, sebuah pejabat berkonsepkan co-working space yang menarik. Terdapat ramai warga asing dari pelbagai pelusuk negara yang menyewa pejabat di sini dan salah satunya adalah Alibaba Cloud, anak syarikat Alibaba Group dan hari tersebut, bersamaan dengan 18 Julai 2017 adalah hari pertama mereka memasuki pejabat tersebut.

Team Ard menanti dengan penuh sabar kehadiran Video Director dari China yang dikhabarkan akan mengetuai team Ard

"Maaf, tiada pengarah video, you guys boleh aktiviti kami ya?"

WHAT?

Hilang segala darah di muka Ard. Dia risau kerana kumpulannya memang perlukan pengarah untuk tahu apa direction yang diperlukan. Bergegas Ard membuka bag Lowepro dan mengeluarkan Laptop Macbook Air untuk menyiapkan arahan dan skrip untuk digunakan oleh teamnya. Dengan bantuan dari Teh Nadira, siap juga arahan & skrip yang kemudian digunakan untuk projek hari itu.

20170720_183158

Penggambaran hari itu berakhir dengan baik dan mereka didatangi oleh wakil Alibaba, Mr Kenny Tan yang memaklumkan jadual seterusnya yang bakal berlangsung pada 20 Julai pula.

20170720_172541
Mr Ma, General Manager untuk Alibaba Asia

Memang menarik dapat melihat secara dekat cara kerja pegawai-pegawai dari Alibaba Group ini. Tidak terlalu korporat dan tidak terlalu ketat. Ard dapat melihat dan sempat bertanya kepada salah seorang pegawai tersebut yang memaklumkan padanya, mereka memang berasa sangat seronok bekerja di Alibaba walaupun ada masanya sangat stress. Tapi di mana ada kerja, stress mesti merata, bukan?

Waktu mereka di sana berakhir dengan cantik sekali, dapat melihat kecantikan dan kesibukan kota  Kuala Lumpur dari tingkat 27, Centrepoint North Mid Valley.

"Alibaba ya? Tak tersangka dapat cooperate dengan this big company," getus hati Ard sambil melihat hari itu berakhir dengan sempurna sekali.

20170720_180710

20170720_094833

20170717_123716
Penutup: Bunga Untuk Projek Alibaba

Comments

Popular Posts