CABARAN 1 Vlog 1 Hari

Youtube Cover It's Donivia Cabaran 1 Hari 1 Vlog

"Menarik..."

Itu je yang terdetik dalam fikiran Ard bila menonton 1 video seorang traveler  kat YouTube masa tengah research beberapa perkara untuk assignmentnya pada hari tu.

Dalam video tu, YouTuber berkenaan berkongsi dengan peminatnya berkenaan daily lifestylenya dengan memuatnaik vlognya setiap hari berdurasi 1 minit selama 500 hari!
So, Ard berfikir sejenak, dengan kegilaannya pada YouTube sekarang ni, cara ni mungkin berkesan dan seronok. Dia mula membayangkan vlog setiap hari yang berkonsepkan gadget review atau lifestyle seperti idolanya, MKBHD & Casey Niestat. Mana la tau vlognya menjadi perhatian sahabat-sahabat kat Malaysia.

Jadi tanpa berlengah Ard pun terus mencapai kamera smartphonenya dan mula merakam aktiviti hariannya pada hari tu sebagai warm up.

"Memang, cakap senang dari buat. Tapi ni la masa untuk latih diri supaya komited dengan sesuatu perkara. There is no short cut to be successful,"

Jadi, selepas selesai aktiviti hariannya hari tu, Ard terus bergegas pulang dan cuba menyunting video yang dirakamnya hari tu.

Namun ada 1 masalah. Tak susah nak fikir idea macam mana cara untuk edit, tapi yang seksanya sebab laptop dah uzur walaupun spec agak tinggi. Itu la yang dihadapi oleh Ard pada malam pertama cuba menyiapkan video yang hanya berdurasi 1 minit. Semua kerana video yang dirakamnya beresolusi 4k! Tak padan laptop lama, berlagak betul. Tapi apapun, sekitar jam 2 pagi, selesailah 1 vlog dari Ard. 

Walaupun terdapat beberapa masalah kritikal, namun Ard agak berpuas hati dengan hasil video yang dihasilkan secara spontan tersebut. Ard terus memuatnaik video tersebut di YouTube Channel barunya.


Comments

Popular Posts