Curi Getah Sebab Nak Main Hot Wheels?

Youtube Cover It's Donivia Hot Wheels
Yeah, macam tu la jadinya bila pengumpul koleksi mainan kereta famous, Hot Wheels mula mengumpul salah satu konsep terbaru Hot Wheels iaitu Hot Wheels Speed Winders. Koleksi yang mula-mula dikeluarkan sekitar tahun 2015 ni berjaya menangkap perhatian Ard sewaktu sedang meronda-ronda di Hypermarket Giants. Pelik dengan bentuk & packaging yang lain sikit dari packaging Hot Wheels yang biasa dilihatnya.

"Hmmm... RM29.90... Confirm sayang bising ni... Takpe amek je la," Fikirnya dalam hati.

Yes, memang betul taakulan Ard, isterinya melihat resit dan ternampak harga model Hot Wheels Speed Winders tersebut. Apa lagi, dengan pantas Ard cover line...

"Err... Ini untuk buat review baru YouTube,"

Memang, terdetik dalam fikiran Ard untuk mencuba konsep baru untuk Channel ketiganya iaitu It's Donivia, sebuah channel yang dalam fikirannya akan fokus lebih kepada review seperti idolanya, MKBHD.

Maka balik je rumah, Ard terus merangka apa yang ingin disampaikannya di dalam video review mengenai Hot Wheels Speed Winders dan ini hasilnya...

Comments

Popular Posts