Scalpers Takkan Suka Thread Ni - Rembat Barang-Barang Jalan-Jalan Japan!

20180519_174316 copy
Ini thread yang abam paling tak sabar nak menulis ni. FYI di kalangan member-member collector abam, kedai Jalan-Jalan Japan ialah salah satu tempat yang diibaratkan macam lubuk emas, sebab masing-masing teruja dengan mainan-mainan dari JJJ ni setiap kali dorang restock. Mana taknya, bayangkan ada produk kalau kat eBay, Mudah atau Facebook Group dijual sampai beratus-ratus ringgit Malaysia, kat sini dengan kualiti yang sama, barang yang sama boleh dapat sama ada RM3 atau berpuluh ringgit je. Ada pulak jenis yang memang payah giler nak dapat, tapi boleh dibeli dekat Jalan-Jalan Japan ni dengan harga yang lebih berpatutan dari berpatutan (Get it? Get it?)


Macam apa yang abam nak cerita ni.

Alhamdulillah rezeki bulan puasa, geng blogger abam masukkan abam dalam list antara mereka yang terawal diberi peluang shopping kat Outlet Ke-3 Jalan-Jalan Japan which is dekat Centerpoint Seremban.

Ni lokasi dia. korang klik je
Centerpoint Seremban

Outlet ke-3 ni bakal dibuka pada 2 June 2018 (tak lama je lagi) dan menyediakan lebih 300,000 barangan pre-loved eksklusif daripada Jepun!

Menurut Directornya, Mr Daichi Suzui, lebih kurang 4-6 kontena barangan preloved dari Jepun diimport dari negara matahari terbit tu setiap bulan merangkumi barang-barang elektronik, muzik, pakaian, permainan, utiliti dan macam-macam lagi.
20180519_174543
Satu perkara yang korang kena tau, barangan preloved dari Jepun ni bukan macam kebanyakan barang kategori 'bundle' negara lain. Barang preloved Jepun ni selain dijaga dengan baik oleh pemilik asal, reason dorang jual pun bukan sebab barang dah rosak atau usang, tapi lebih sebab saiz rumah di Jepun yang kecil, memaksa kebanyakan owner melepaskan barang mereka ke kedai-kedai preloved macam Jalan-Jalan Japan ni.

Dan perkara ni boleh dibuktikan dengan barang yang abam beli dari Jalan-Jalan Japan ni. Pada awalnya tak kisah pun permainan elektroniknya (Pokemon Pokedex) boleh berfungsi atau tak sebab murah giler (RM10) tapi bila dah balik rumah dan pasang, elok lagi beb macam baru! FYI abam beli 3 set dan kesemuanya berada dalam keadaan 100% terbaekk.
PhotoGrid_1526764446797
Pokedex harga RM10, kat eBay RM100 ke atas!

Anyway selain dari permainan (abam belanja 90% dari bajet barang yang dibeli, haha) wife abam sempat grab baju-baju yang nampak masih baru dan elok, selain dari alat exercise yang murah namatey & kasut preloved yang murah dan selesa.

Bayangkan berhabis RM300 dengan 4 plastik besar (tak termasuk perut abam yea) dan beberapa barang besar yang tak muat dalam plastik abam bawak balik hari tu. Hahaha
Screen Shot 2018-05-23 at 12.14.36 AM
Anyway nak cerita pasal Jalan-Jalan Japan ni memang takkan habis, sebab barang-barang dia best, so korang yang tinggal dekat atau berdekatan Seremban, korang kena pegi serbu Jalan-Jalan Japan ni bermula 2hb Jun ni atau abam sendiri akan habiskan mainan-mainan kat sana. Haha.
20180519_174356

Fotor_152689566088679
Motor ni kalau scalpers tengok beratus-ratus depa juai


Comments

  1. Amboi beli sampai 3 set terus ��. Tak cukuo dua jam kat sini kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha haah tak cukup sebenarnya. Banyak tempat tak sempat explore

      Delete

Post a Comment

Popular Posts