((REVIEW)) Comicave Iron Man Mark 40 'Shotgun'


Pertama kali bagi saya untuk buat review action figure dalam Bahasa Melayu. Bukan selama ni lupa asal-usul tapi sebenarnya sebab saya kurang yakin dengan jumlah peminat action figure kat Malaysia nie (Ada beza peminat action figure degnan ‘Otaku’ atau gamers yea, kami kategori yang lain tapi sayang-menyayangi, hehe)

So kenapa sekarang mengada nak review Bahasa Melayu?

Of koz, dengan kemunculan ramai rakan-rakan seperjuangan di Malaysia nie yang minat kumpul action figure dan semakin ramai yang sertai ‘Toygraphy’, saya yakin ini la masa yang sesuai untuk saya mula berkongsi review saya yang selama nie banyak saya hasilkan dalam bahasa penjajah (banyak la sangat, padahal setahun sekali update)


Ok la tak perlu cakap banyak lagi, untuk review kali pertama nie saya nak share dengan korang produk dari Comicave iaitu ‘Iron Man Mark 40 - Shotgun’ berskala 1/12 (dalam 5.5 inci). Untuk korang yang tak tau, Comicave nie bahasa mudahnya adalah penjelmaan semula syarikat Play Imaginative yang sebelum nie pernah berkongsi suit-suit Iron Man 3 complete dari Mark 1 hingga Mark 42 tapi lepas keluar suit War Machine & Iron Patriot yang overprice, syarikat nie hilang sekejap sebelum muncul dengan nama Comicave.
Antara produk keluaran Play Imaginative sebelum nie.
Jadi kiranya action figure nie adalah action figure yang sama seperti yang pernah dibawakan oleh Play Imaginative di bawah working title 'Super Alloy' lebih kurang 2 tahun lepas.

Anyway, tak kisah la macam mana pun, benda dah keluar, kita angkut je la. Haha. Lebih menarik lagi bila Iron Man Mark 40 'Shotgun' nie adalah hadiah pemberian dari seorang kawan. Untung sungguh ada kawan pemurah nie. Hehe.

So jom saya share sikit sebanyak pasal Comicave Iron Man Mark 40 'Shotgun' nie.

Iron Man Mark 40 - Shotgun

'Hyper Velocity Travelling Suit' ni direka oleh Tony Stark (Earth-199999) lepas event 'The Avengers'. Suit ni dia guna masa battle dengan Aldrich Killian dalam Iron Man 3.

Sikit detail pasal action figure ni:

Saiz:
• 1 /12 (dalam 5.5inc-6inc)
• Sama tinggi dengan SH Figuarts Iron Man.

Perbandingan dengan Hasbro Marvel Legends
Perbandingan dengan SH Figuarts
Perbandingan dengan Figma
Articulation:
• Over 20 points of articulations

Special detail:
• 75% Die Cast
• Ada tangan untuk pegang pedal motor 😂
• LED Light di dada & mata
Daya tarikan Comicave Iron Man Mark 40 - Lampu LED macam Hot Toys wooo..
Suis lampu kat belakang yea..

Bersama visor yang boleh ditarik. Tapi tak hensem tanpa visor tu.
Flap kaki dia berfungsi, boleh bukan untuk beri lebih kebebasan bergerak di bagahian sendi kaki.

Komen:
• Sesuai untuk collector yang sukakan details on figures, almost sampai tahap Hot Toys kecuali beberapa parts yang nampak tak detail sangat.
• Banyak aksesori macam Stand, Muzzle Flash & tangan (4 set)
• Kalau beli untuk update status 'Haul hari ni' tak sesuai, mahal nau. Elok kita tunggu je kalau-kalau SH Figuarts atau figma keluarkan versi-versi Iron Man suit ni dalam harga yang separuh dari Comicave ni.
 • Pergerakan figure yang agak terbatas, tak bebas macam SH Figuarts yang seronok boleh pose macam-macam. Sebagai contoh bahagian kepala yang menepatkan LED Light menyebabkan Comicave terpaksa mengorbankan pergerakan kepala tu, so Shotgun nie macam orang terseliuh leher tak boleh nak bergerak kepala ke kiri dan kanan.
• Sama juga dengan beberapa parts lain seperti lengan yang terbatas pergerakannya.


Kesimpulannya, dari segi nilai dan kepuasan 'Toygrapher' untuk figure nie memang tinggi sebab action figure nie sangat photogenic walaupun pergerakannya agak terbantut. Cuma peratusan untuk saya beli edisi Iron Man suit yang lain kemungkinannya agak tipis kecuali Iron Man suit 'Igor' yang akan berada dalam pasaran Malaysia tak lama lagi. Apapun jom kita layan beberapa keping gambar khas saya shoot untuk korang.

 

Comments

  1. Salam bos.. Nak Tanya background tu buat sendiri ke?

    ReplyDelete
  2. Salam bos.. Nak Tanya background tu buat sendiri ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts